Photoshoot Raya
Photoshoot Convo
Photoshoot Korporat
Photoshoot Raya
π Terma & Syarat Photoshoot Raya 2025
- Tempahan & Pembayaran
β Deposit minimum RM50 diperlukan untuk mengesahkan tempahan.
β Baki bayaran perlu dijelaskan selepas sesi photoshoot.
β Tiada pemulangan wang untuk pembatalan. - Pakej & Tempoh Masa
πΉ Pakej A β RM180 (15 orang max, 25-30 minit, softcopy + 5 edit)
πΉ Pakej B β RM120 (5 orang max, 15-20 minit, softcopy + 5 edit)
πΉ Jika jumlah melebihi had pakej, caj tambahan dikenakan mengikut kadar studio.
πΉ Kanak-kanak berumur bawah 10 tahun tidak dikira dalam pakej. - Ketepatan Masa
β Pelanggan perlu hadir 10 minit lebih awal untuk persiapan.
β Jika lewat, masa akan ditolak daripada slot asal dan sesi akan dilanjutkan dengan masa yang berbaki.
β Jika pelanggan tidak hadir dalam masa 15 minit selepas slot bermula, sesi dikira batal tanpa pemulangan bayaran. - Softcopy & Edit Gambar
β Pelanggan akan menerima softcopy melalui Google Photo dalam tempoh 7 hari bekerja.
β 5 gambar edit (Basic Editing dan penambahan ‘Selamat Hari Raya ‘) disertakan.
β Caj tambahan dikenakan jika pelanggan ingin menambah jumlah gambar yang diedit.
( RM 20 = 4 Gambar ) - Lain-lain
β Peralatan props yang disediakan adalah milik studio dan perlu digunakan dengan cermat,dibenarkan jika membawa props sendiri.
β Studio berhak menggunakan gambar untuk tujuan promosi kecuali pelanggan membuat permintaan untuk tidak dipaparkan.
β Pelanggan diminta untuk menjaga kebersihan studio sepanjang sesi photoshoot berlangsung.
β Kasut boleh dibawa masuk ke dalam studio, tetapi pastikan dalam keadaan bersih.
β Pose akan diajar oleh photographer, jika ada rujukan boleh diajukan kepada kami.
Β
π Dengan membuat tempahan, anda bersetuju dengan semua terma & syarat di atas.
Photoshoot Convo
π TERMA & SYARAT – PAKEJ GRADUATION 2025
- Deposit RM50 untuk tempahan slot. Tidak dikembalikan jika batal.
- Bayaran penuh pada hari photoshoot.
- Lewat lebih 15 minit, masa sesi akan dipendekkan.
- Pilih gambar untuk edit selepas sesi .
- Gambar edit adalah final. Edit tambahan caj 5 pcs = RM 4.
- Gambar siap dalam 7-14 hari bekerja.
- Softcopy dihantar melalui Google Photo, dapat diakses selama 2 – 3 bulan.
- Studio boleh guna gambar untuk promosi, kecuali pelanggan menyatakan sebaliknya.
- Props boleh dibawa ke Studio.
- Pilih slot masa yang sesuai dengan waktu majlis konvokesyen. Disarankan mengambil slot selepas majlis konvo.
Elakkan tempahan terlalu awal atau terlalu dekat dengan masa tamat majlis untuk mengelakkan kelewatan.
*Sila semak jadual rasmi konvokesyen anda sebelum tempah slot photoshoot. - Jubah konvokesyen tidak disediakan
- Skrol Sijil Unisza sahaja disediakan.
- Backdrop Buku dan Cream sahaja disediakan.